Make your own free website on Tripod.com

< CIRI-CIRI KANAK-KANAK

BERMASALAH PEMBELAJARAN >

TUGASAN 1
Komputer Dalam Pendidikan

TUGASAN  2
Komputer Dalam Pendidikan Khas

TUGASAN  3
Ulasan Komputer Dalam Pendidikan Khas

TUGASAN  4
Biodata

TUGASAN  5
Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran


 Kembali ke

 

KANAK - KANAK YANG MENGALAMI 

MASALAH PEMBELAJARAN

Memanglah menjadi hasrat ibu bapa untuk melihat anak - anak mereka berjaya dalam pelajaran supaya dapat menjadi orang yang berkelayakan dan berjaya apabila dewasa kelak. Tetapi memang menjadi satu hakikat di mana kurang dari 5 peratus sahaja kanak - kanak yang didaftarkan di sekolah - sekolah biasa akan berjaya memasuki institusi - institusi pengajian tinggi. Ini menimbulkan perasaan persaingan di kalangan para penuntut.

 Selain daripada kecacatan akal ada banyak lagi masalah yang boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu tidak maju dalam pelajarannya disekolah walaupun minat untuk bersekolah tetap ada. Masalah - masalah ini boleh disenaraikan seperti berikut.

1 ) Masalah kekurangan pendengaran dan / atau penglihatan.

2 ) Perkembangan yang lambat.

3 ) Masalah bahasa dan pertuturan.

4 ) Kekekokan ( clumsiness ).

5 ) Kekurangan tumpuan perhatian terhadap pelajaran.

6 ) Masalah kelakuan.

7 ) Gangguan kesihatan jasmani.

 

Kekurangan pendengaran dan / atau penglihatan

Kanak - kanak yang pekak lazimnya tidak boleh bertutur dengan jelas walaupun dia boleh memahami percakapan orang lain sama dengan cara bacaan bibir atau cara - cara lain. Oleh kerana pendengaran merupakan deria yang paling mustahak untuk pembelajaran , kanak - kanak yang pekak akan kebelakang didalam kelasnya. Kanak - kanak ini memerlukan cara pengajaran yang khas.

Kanak - kanak yang kurang jelas penglihatannya akan kurang mampu menangkap maklumat yang ditulis di papan hitam. Jika dia tidak menyatakan masalah kepada guru dan gurunya pun tidak mengetahui , keadaan ini akan berterusan sehingga akan menjejaskan pembelajarannya. Kebanyakkan daripada kanak - kanak ini boleh dan mesti dipulihkan dengan memberi kaca mata yang sesuai.

Back to Top

Perkembangan yang lambat

Ada pula kanak - kanak yang menempuhi proses perkembangan mental yang lambat tampa apa - apa kecacatan jasmani.Walaupun umurnya sudah enam tahuin umpamanya , pengalaman dan pemikirannya mungkin seperti kanak - kanak yang berumur lima tahun. Kanak - kanak ini perlu diberi galakkan dan bimbingan yang sewajarnya untuk membolehkan perkembangan kognitifnya berterusan . Walaupun ada baiknya jika pendaftaran persekolahan dilambatkan ini selalunya tidak dapat dilakukan pada masa kini. kanak - kanak seperti ini bukanlah mengalami kecacatan akal dan jika tidak dikenalpasti dan diberi bimbingan yang sewajarnya mungkin ada menyerap konsep diri yang tidak sihat. Kanak - kanak ini akan mendapat manafaat jika dirancang.

Back to Top

Masalah bahasa dan pertuturan

Kefahaman bahasa serta pertuturan  adalah mustahak bagi seseorang itu berinteraksi dengan orang lain. Jika seseorang itu tidak boleh memahami bahasa atau mengunakan bahasa kerana sesuatu gangguan pada urat sarafnya , ini akan menjejaskan pembelajarannya. Keadaan ini tidak selalu berlaku tetapi perlu dikenal pasti supaya dapat diberi cara pemulihan yang sesuai untuknya. 

Back to Top

Kekekokan  ( Clumsiness )

Kanak - kanak yang mengalami masalah ini kadangkala mempunyai tahap pemikiran yang sederhana atau lebih baik dari biasa. Tetapi kesukarannya untuk menulis atau membuat aktiviti  yang memerlukan kemahiran seperti melukis selalu mengakibatkan dia dianggap sebagai kanak - kanak cacat akal. Kanak - kanak ini mungkin selalu menunjukkan kebolehannya dalam aktiviti yang lain seperti bermain catur , berbahas atau membaca yang tidak memerlukan kemahiran tangan. Kanak - kanak seperti ini perlu dikenalpasti kebolehan serta kelemahannya supaya satu kurikulum pembelajaran yang khas dapat dirancangkan untuknya. Kelemahannya untuk menulis mungkin boleh diatasi dengan cara berlatih selalu. Aktiviti hari - harian seperti mengikat tali kasut boleh diajar dengan menunjukkan setiap gerak geri tangan sehingga selesai tali kasut diikat. Ada lebih mendatangkan manfaat bagi kanak - kanak ini mengunakan pita rakaman atau menaip kerana kekekokan tangannya menghalangnya dari menulis dengan sempurna.

Back to Top

Kekurangan tumpuan perhatian

Kanak - kanak yang begini selalu dipanggil ' Hyperactive ' dalam bahasa Inggeris. Selalunya tidak ada gangguan yang jelas terdapat dari pe,eriksaan klnikal.

Kebolehan menumpu perhatian kepada sesuatu kerja adalah perlu untuk seseorang kanak - kanak itu menerima arahan dan pengajaran dari guru - guru atau ibu bapanya. Kanak - kanak ini tidak boleh maju dalam pembelajaran oleh sebab dia tidak dapat menarik perhatian penuh. Sebaliknya dia mungkin membawa kesulitan kepada guru dan murid - murid lain kerana dia tidak boleh duduk di kerusinya dengan lama. Kanak - kanak seperti ini perlu diberi pemulihan khas yang dipanggil 'behavioural modification ' untuk menambahkan tempoh tumpuan perhatiannya sebelum dia dapat menerima pengajaran dengan berkesan.

Back to Top

Masalah pembelajaran khusus

Keadaan ini selalu dipanggil 'dyslexia ' dalam bahasa Inggeris. Ini dapat dikenali sebagai satu keadaan di mana kanak - kanak yang tidak mengalami kecacatan akal atau kurang minat mengalami kesukaran sama ada membaca , menulis atau mengira.

Keadaan ini selalu tidak dikenali dan ini menyebabkan kanak - kanak ini meneruskan persekolahan mereka tampa mendapat bimbingann yang sesuai . Akibatnya timbul perasaan konsep diri yang negetif atau kelakuan yang mungkin menimbulkan masalah disiplin di sekolah. Kanak - kanak yang mendapati sukar membaca memerlukan orang untuk membaca kepadanya atau diajar melalui rakaman pita. Masalah pembelajaran khusus ini memang sudah lama dikenali tetapi hanya sedikit sahaja bilangan kanak - kanak yang berjaya dikenalpasti dan diberi kurikulum pembelajaran khas oleh kerana kekurangan pakar - pakar dalam bidang Psikologo pembelajaran.

Back to Top

Masalah kelakuan

Keadaan ini boleh berlaku akibat dari masalah kekurangan pendengaran , masalah pembelajaran khusus atau kekekokan. Oleh itu keadaan - keadaan seperti ini mestilah dikenalpasti dan langkah diambil untuk mengatasinya . Kadangkala kelakuan yang ganjil itu tidak dapat dikesan puncanya dengan jelas . Kanak - kanak yang telah menempuh pengalaman yang pahit dan menakutkan mungkin suka mengasingkan diri , tidak suka bergaul atau selalu bercakap seorang diri. Berikut adalah riwayat seorang kanak - kanak yang mengalami gangguan kelakuan.

 

                     Abu yang berumur lima tahun mempunyai kebolehan seakan  akan

                     kanak-kanak yang berumur tiga tahun.  Dia selalu menolak kanak-

                     kanak lain dan tidak mengindahkan sesiapa disekelilinganya. Abu

                     boleh bertutur sedikit jika berada dalam kumpulan kanak-kanak lain

                     dia memerlukan banyak perhatian daripadanya, tetapi ibunya sendiri

                     mendapat sangat sukar hendak mendisplinkannya. Dia tidak boleh

                     menumpukan perhatian kepada sesuatu dengan lamanya.  Abu asyik

                     suka bergolek-golek diatas lantai serta bercakap-cakap seorang diri.

Keadaan ini perlu dirawat dengan cara yang khas sambil memberi peluang untuk kanak - kanak ini meneruskan perkembangan sosial , emosi , kognitif dan bahasanya.

Back to Top

Gangguan kesihatan jasmani

Seseorang kanak - kanak yang tidak sihat sudah tentulah tidak akan menumpukan perhatian yang cukup kepada pelajarannya disekolah. Kanak - kanak yang pucat mungkin sering merasa mengantuk di kelas. Kanak - kanak yang menghidap penyakit sawan mungkin menerima ubat yang menjejaskan tumpuan perhatiannya. Jika keadaan ini berterusan dan tindakan yang berkesan tidak diambil , kanak - kanak ini akan kebelakangan dalam pelajarannya.

Back to Top

Kesimpulan

Semua keadaan yang dinyatakan ini mesti difikirkan jika seseorang kanak - kanak itu mengalami masalah pembelajaran di sekolah. Ibu bapa haruslah bekerjasama dengan guru serta doktor untuk memastikan yang anak mereka dapat mencapai potensi dengan seberapa daya. Keadaan seperti masalah pembelajaran khusus dan kekekokan memerlukan galakan serta perasaan timbang rasa dari guru - guru dan diberi kurikulum khas. Ramai kanak - kanak seperti ini akan tidak dapat dikenalpasti di sekolah kerana kekurangan para profesyenal yang boleh membuat penilaian menyeluruh ke atas kanak - kanak ini serta merancangkan sesuatu kurikulum yang khas bagi mereka.

Kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down

Back to Top